KLIK-KLIK

Friday, 18 September 2015

Tips Online Shopping

Assalamualaikum

Sekarang ramai peniaga yang menggunakan media sosial dengan sebaiknya untuk menjalankan perniagaan mereka. Kalau nak beli shawl, jubah, makanan tambahan kesihatan, kasut dan sebagainya semuanya di hujung jari je. Lagi menarik kita dah tak perlu ke tempat mereka. Pilih > PM > bank in> tunjuk bukti > tuggu abang posmen bagi parcel korang.

Kalau macam aku yang tak aktif Fb, aku lebih suka shopping di IG. Hari ni ak nak share dengan korang beberapa tips yang aku gunakan sepanjang online shopping :)


1. Limit your account

Haaaaaa...online shopping pon ada akaun taw. Akaun yang aku maksudkan adalah berapa jumlah ringgit yang korang boleh spend untuk setiap bulan.

Contoh:

Target bulan September aku target hanya boleh shopping sebanyak RM100 sahaja. Jadi aku akan target apa yang aku nak beli dengan amount RM100 ni.

Palazo : RM48
Shawl : RM25
Contact Lens: RM20
TOTAL = RM93

Ni lah contoh aku berbelanja bulan ni.

Pernah jugak aku terover budget belanja. Apa yang aku buat adalah aku kurangkan perbelanjaan harian aku. Tolong jangan kacau duit simpanan bulanan korang. NO! NO! NO! Nak cover duit balik aku bawak bekal untuk lunch. Kalau breakfast aku ambil je biskut Hup Seng dengan air Teh vending machine office aku. Aku buat selama seminggu dan aku berjaya cover balik.

2. Guna hashtag

Kalau korang nak cari sesuatu barang sila guna hashtag dan taipkan apa yang korang cari. Aku jamin hashtag sangat membantu dalam misi pencarian aku.

Pelamin, gubahan hantaran dan veil majlis pertunangan semua aku cari dengan menggunakan hashtag.

Contoh:

#minipelamin






#palazoplain




Dekat sini akan ada beratus-ratus seller memaparkan gambar barangan jualan mereka. Masa ni korang boleh survey yang mana pilih murah dan cantik. Luangkan sedikit masa untuk mencari.


3. Musim

Musim dan waktu paling strategik nak online shopping adalah masa waktu-waktu tertentu. Selalunya seller akan memberi discount yang berlipat ganda pada musim-musim tertentu. Selalunya akan ada Raya Haji Sale, Merdeka Sale, New Year Sale dan sebagainya. Yang tak bestnya korang kena cepat untuk shopping. Maklumlah tengah murah semua orang rambang mata untuk beli. Jangan tunggu atau tangguh lama untuk beli. Masa-masa macam ni kalau dah berkenan rembat terus. Aku takut korang tangguh bila online minggu depan dah habis.


Sale sempena 1 Malaysia. Warna-warna jalur gemilang (merah, biru, putih dan kuning) mendapat pontongan sebanyak 20%

4. Beli ramai-ramai

Kebiasannya seller akan bagi harga jauh lebih murah kalau beli banyak. Selendang 4 helai RM100. Tapi takkan lah nak habiskan RM100 bulan ni untuk shawl je. Masa ni korang cari kawan-kawan / sedara-mara/ sepupu sepapat / kawan office atau sesiapa saja lah untuk share. Ingat. Jangan shopping over budget!


Baju 4 helai RM100.


Setakat ni sahaja tips dari aku.


No comments:

Post a Comment