KLIK-KLIK

Thursday, 10 September 2015

Ku Pinang Mu Dengan Bismillah

Assalamualaikum

Dah lama dah rasanya tak update blog. Sejak tamat degree di UMT terus lupakan blog. Sekarang dah masanya nak aktif dalam blog. Maaf cerita-cerita lama dalam blog terpaksa di delete sebab macam ntah pape je hahaha.

F tercinta mula jumpa mak dan abah pada 17 Januari 2015. Memang cuak giler kot 1st time bawak lelaki datang balik rumah. Sebelum ni memang aku tak pernah bercinta. Berkawan tu adalah tu pun mase zaman degree dulu dengan Aie, Han dan Afiq. Ni jelah geng lelaki yang aku rapat.

F datang dengan berkemeja hijau dan berseluar coklat. Hensem nye awak F:) Sementara menunggu nak datang tu aku sempat masuk toilet 2 kali. Siap kena perli dengan mak lagi. "Takut lahh tuuuuu" Ohh mak mestilah kakak takut. Menggigil ni!

"Assalamualaikum.." taraaaa F bagi salam dah sampai. Pftttt. Aku doa banyak2 dalam hati supaya dipermudahkan. F bersembang dengan mak dan abah pastu mak menjemput F makan di dapur. Selepas makan F bersambung sembang.

"Jadi apa tujuan F datang hari ni?" tanya mak sambil tersenyum.

"Saya datang nak minta restu dari pakcik dan makcik. Saya nak menghalalkan hubungan dengan Shafiqa" jawab F.

Aku dari duduk dari jauh tertoleh dan terkejut. Dalam hati "memang berani dia ni. Memang bersedia sangat nak kahwin ni" Dalam masa yang sama rasa bersyukur sebab ada jugak orang nak kahwin dengan aku hahaha

Perjumpaan berjaya. Mak dan abah suka pada F.

Okay. Boleh fikir nak tema apa untuk tunang. Yeayyyy!



Muka F tengah cuak dan teruja nak meminang aku. Sorry Eqa tengok dari jauh sambil gelakkan hahaha


No comments:

Post a Comment