Assalamualaikum
Semalam pergi Popular bookstore untuk cari sedikit peralatan tulis. Masa bayar dekat kaunter ternampak pulak KitKat Green Tea. Woowwwww! Terus rembat ambil. Selama ni tak pernah makan sebab tak jual di Malaysia. Beware. KitKat yang dijual di luar negara tidak ada cop halal. Dikhuatiri terdapat lard (lemak babi). Bila nampak ada logo halal tanpa ragu-ragu aku makan.
Pehhhh memang sedap berbanding KitKat biasa. Rase lemak manis secukup rasa. Warna menarik sebab warna hijau. Sambil makan terfikir dalam hati.. "I should share this with my parents'. Terus bagi abah cuba mula-mula.
Aku: Abah, rasa lah KitKat ni. Sedap! Abah nanti boleh tak abah belikan kakak paket yang lagi besar?
Abah: Haah kakak sedap. Tapi abah tak nak beli sebab ni produk Yahudi (Nestle).
Aku: (Rasa kena tamparan hebat)...
Abah: Semalam baru saja Masjid Al-Aqsa kena serang. Kakak beli KitKat plak.
Aku: ....
Selepas dengar abah cakap aku batal kan niat untuk beli KitKat lagi. Boikot produk Yahudi ye kawan-kawan.
Kepada yang teringin sangat terutamanya ibu-ibu mengandung yang mengindam boleh cuba tapi 1 je taw. Jangan lebih-lebih. Banyak lagi produk-produk coklat yang lagi sedap.
Produk luar negara tanpa logo Halal.
Sumber: Google
KitKat yang dijual di Malaysia terdapat logo Halal.
Sumber: Google
No comments:
Post a Comment